|Follow |Facebook | Dashboard |
Berjuang Untuk Jannah: Syeikh Abdul Qadir al-Jilani

Thursday 19 December 2013

Syeikh Abdul Qadir al-Jilani




Satu hari, akibat keletihan yang amat sangat Syeikh Abdul Qadir al-Jilani hampir terlewat bangun tidur walaupun waktu subuh hampir tiba. Melihat keadaan itu, syaitan telah menyamar menjadi seekor kucing dan menggigit ibu jari kaki Syeikh Abdul Qadir.


Syeikh Abdul Qadir pun terbangun. Mujur waktu Subuh baru sahaja masuk. Dalam pandangan mata hatinya, Syeikh dapat melihat syaitan yang berupa seekor kucing.

“Mengapa kau kejutkan aku untuk solat Subuh padahal kau amat benci kepada orang yang bersolat?” Tanya Sheikh“Aku bimbang sekiranya kau terlewat bangun subuh.” Jawab syaitan.

Kehairanan, Syeikh Abdul Qadir lalu bertanya, “Kenapa?”Syaitan terpaksa menjawab kerana dia takut kepada orang yang takutkan Allah.

“Aku takut jika kau terlewat untuk solat Subuh, kau akan menampung kelewatan itu dengan amalan-amalan lain yang lebih banyak dan lebih serius.” Kata syaitan.

Tambah syaitan itu lagi,
“Kau akan bersedekah. Kau akan mengajar dengan lebih lama. Kau akan membaca Al-Quran untuk menampung kesalahanmu yang sedikit. Dengan itu nanti, aku dan kawan-kawan aku pula akan bertambah susah. Kerja kami akan bertambah banyak dan sukar. Jadi, lebih baik kau solat Subuh tepat pada waktunya dan kami tidak akan menghadapi banyak kerja untuk menyekat amalan-amalan baikmu itu nanti”.

Begitulah kreatif dan inovatifnya syaitan dalam menyesatkan manusia. Dia bukan sahaja arif tentang amalan baik dan jahat tetapi dia juga arif tentang keutamaan amal.

||Lau Laa Murabbi Maa 'Araftu Rabbi||♥♡♥

No comments: